Pages

buDDDyz

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . .


Sudah lama rasanya diri ini tidak mencoretkan sebuah nukilan mahupun cerita. Ya, bermula pada tahun ini diri semakin sibuk dengan alam persekolahan. Masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua. 

A song start with DOREMI,
A letter start with ABC,
A number start with 123,
A friend start with You and Me.

buDDDyz? Kami dapat nama tu sewaktu kami merentas desa. Dalam persekitaran yg 'agak' kampung tu lah kami dapat nama tu. Triple D tu la yg agak kekampungannya. Sebut betul-betul okay!

So, what's happend yesterday?
Im soooooo happy. Had a great day ever with my buDDDyz! They are so awesome!


Okay, semalam kami semua celebrated Bella and Syam birthday's. Sangat meriah dan seronok!


Makan Domino's uolls.....
Kalau nak tahu, kami guna kupon yg kami jumpa time merentas desa hari tu hahaha :D


Happy betul budak dua orang ni.....


"Happy Birthday Nenek, Bella"
Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. Dan menjadi insan yg lebih matang dan mempunyai perasaan. :P Sincerely, from your sweet grandchildren....


Jika ada 1000 orang kawan, hanya 100 sahaja yg boleh percaya pada kita.
Jika kita ada 100 orang kawan, hanya 10 yg setia pada kita.
Jika ada 10 orang kawan, hanya 1 sahaja yg sayangi kita.
Dan itu adalah antara kami semua ! 

"Setiap pertemuan, pasti akan ada detik perpisahan"

Tiga tahun berlalu, menjalani suka duka bersama di sekolah. Suasana di dalam mahupun di luar kelas yg sentiasa kecoh. Acapkali di tegur oleh guru-guru yg kami ni sentiasa bising. Tak reti diam. Nakal.

Namun, kami dapat buktikan dgn kejayaan yg kami perolehi pada 19 Disember 2012.
Suasana yg tak dapat di lupakan....


Terima kasih kepada guru-guru yg telah bersusah-payah dan berpenat lelah mengajar kami, walaupun ada antara kami ni pelajar2 nakal. 
Hmm, mereka2 yang berjaya ni semua ingin meneruskan hasrat untuk mengambil aliran Sains Tulen ataupun lebih dikenali dengan Pure Science... Hah gituu uolls.... 

Walaupun dalam masa beberapa minggu ni mereka selalu di perli, di hasut, di semuanya lah mereka ni tetap dengan pendirian mereka. Tabik spring spring spring lah! Perpisahan yang tercipta ini tidak bermakna persahabatan kami akan terpisah begitu saja. 

Actually memang berat sebenarnya nak lepaskan segalanya. Namun, sebagai rakan kita hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka dan kepada mereka2 yang bakal pindah, kami di SAMNI mengharapkan anda tidak lupa asal usul. Almaklumlah kan dapat sekolah bandar. Setelah 3 tahun berlalu, barulah terasa kemanisan ukhuwah antara kami.

Memang tak dinafikan our friendship yang terbina pasti akan dikenang sepanjang hayat. InShaaAllah. Betul la kata orang, kita akan merasai kemanisannya bila semua tu dah tiada. 

Jika semua ini bermula, ku harap ia jangan berakhir.
Aku tidak menjemput pada perpisahan.
Tapi aku inginkan satu ikatan persahabatan yang ikhlas antara kita.....










Semoga ukhuwah yg kami bina ini kekal hingga akhir hayat dan membawa ke SyurgaMu Ya Allah.
InShaaAllah.






No comments:

Post a Comment