Pages

Memories

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . .

2014 dua bulan sudah berlalu, berlalu dgn pantas, tanpa kita sedar akan kepergiaannya. Alhamdulillah, sudah masuk bulan ke-tiga sekarang ini. Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yg Allah berikan kpd aku. Aku masih sihat, masih kuat untuk meneruskan pancaroba hidup di dunia ini. Walhal sebenarnya aku tidak lah sekuat mana untuk menempuh segala cabaran. Tapi, alhamdulillah berkat keluarga dan kawan-kawan yg selalu ada di samping diri ini, buat aku kuat meneruskan hidup. 


2013 hanya kenangan. Kenangan suka dan duka bersama keluarga, guru-guru, rakan-rakan, dan si dia. Aku tak dapat tipu kenangan dulu merupakan kenangan indah buat aku. Aku rindu tahun 2012, di mana waktu tu aku ambil PMR. Aku rindu form 3, waktu yg belum cukup matang, waktu kenakalan budak-budak sekolah, percintaan, ketidak puas hatian antara satu sama lain, hahahaha zaman kegemilangan katakan. Aku rindu.
Memories Keep Going

Kenangan tak akan pergi. Cuma kita yg menentukan sama ada kita ingat atau tidak. Bg aku buat apa harus lupakan kenangan? Kerna kenangan itu yg mengajar kita erti kehidupan dan pengajaran.


Aku tak inginkan apa-apa waktu ini. Kerna aku penat untuk berharap pada yg tak pasti. Aku harap aku tak malas untuk belajar. Aku cuma nakkan kejayaan. Aku tak mampu balas jasa ibubapa aku yg begitu besar. Mungkin dgn kejayaan aku, mereka akan bangga. Sapa tahu? InShaa Allah.


Aku rindu dia, dulu kami rapat mcm belangkas. Tapi, bila dia dah masuk matrik, jarang sangat jumpa. Nasib kami hampir sama, atau mmg sama pun? Hahahaha. Bila kita dapat jumpa? Rindu sangat. Rindu nak macam dulu-dulu. Rindu sys. Rindu Family Tree.

Form 5, aku dan rakan-rakan yg lain senior, komitmen kenalah tinggi. Kena jadi contoh untuk adik-adik. Homework menimbun perkara biasa, presentation menjadi kebiasaan.

Awal bulan hari tu kitorang start kemas kelas. Dalam 3 minggu mengemas untuk kebersihan dan keceriaan kelas. Semangat betul. Kata nak jadi contohkan hahaha. So, our class bertemakan 'FROZEN'. Hahaha, siap ada pantry lg kat bahagian belakang. Semangat tahun ni berbeza dgn tahun lepas.


So far usaha kami berhasil. Alhamdulillah, minggu first and second kami berjaya mendapatkan kemenangan tu. Tapi kalau nak hadiah pergi lawatan tu, sekurang-kurangnya kena menang 8 kali. Hahahaha. 

Kehidupan aku sekarang ni macam sepenuhnya kat sekolah hahahaha. Extra class, kokurikulum nya lagi. Tak lama lagi dgn forum, netball lg. Itulah kehidupan seorang pelajar. Komitmen kena tinggi. Tak cukup rehat perkara biasa. Tapi tidur tu wajib! Hehehe


Walaupun, kami dah berasingan, alhamdulillah bila kami ada masa, kami akan berkumpul, lepak-lepak dan berbual kosong. Untuk Mutia, tahniah dgn result sem 1 baru-baru ni. Good luck untuk final kau nanti. Untuk Faz, Asma, Dira aku doakan korang berjaya. Good luck untuk SPM tahun ni. Aku rindu korang.

So, sampai di sini yg bisa dicoretkan.
InShaa Allah, akan ada entry baru selepas ini.

Byeeeeeeeeeeee.