Pages

Tips Kurus Tanpa Diet

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . .

Hai semua? Okay sekarang Inas mula kembali ke dunia blogger. Hehehe :)

Hari ni Inas nak share tentang 'Tips Kurus Tanpa Diet'. Bukan 'Tips Diet' tau. Jadi, post ini lebih sesuai untuk kaum hawa. Yelah, perempuan mesti nak jaga penampilan agar kelihatan sentiasa ayu. Ecececeyh. Untuk kaum adam yg nak amalkan tips ni, boleh jugak. Tak ada masalah :)

Sooooooo jom kita tengok bawah  


~Banyakkan mengunyah~
Terfikir tak kenapa kita disunatkan mengunyah makanan sebanyak 40 kali setiap suapan? Okay tolong fikirkan sekarang juga!

Dah habis fikir dah? Hahaha. Ok hal ini kerana jika seseorang itu mengunyah sebanyak 35 hingga 50 kali, dapat mengurangkan jumlah serapan kalori pd makanan yg di ambil. Mengunyah lebih lama mencegah seseorang untuk makan berlebihan dan baik untuk pencernaan, begitu juga mengehadkan jumlah kandungan makanan yg diambil. Jadi, tak ada lah kita makan something tu berlebih-lebih sampai tak ingat dunia. 

~Buah dahulu sebelum makan~
Okay, jika kita makan buah sewaktu perut kosong, akan membantu pembuangan sisa toksin dlm badan kita dannnnnnn dalam masa yg sama kita dapat menurunkan berat badan. Yeayyy ;-)



~Jangan skip breakfast!~
Sarapan sangat penting bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk mendapatkan berat badan yg ideal. Ramai yg fikir jika kita tinggalkan sarapan pagi, boleh kurus. Tp sebenarnya salah! Ok cuba fikir kalau kita tinggalkan sarapan, mesti time lunch kita rasa lapar gila gila kan? Anddddd kita mesti ambil makanan dlm kuantiti yg banyak untuk lunch time. Tak rasa ke akan menambahkan berat badan tu?

~Kurangkan gula~

Gula juga menyumbang kalori di dalam makanan. Oleh itu,kurangkan pengambilan gula,dan ganti pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, madu dan lain-lain. INGAT kurangkan manis pd makanan dan minuman, tambahkan manis pd senyuman :D

Okay, sampai di sini sahaja lah yg ingin saya kongsikan.

Jangan lupa amalkan tips-tips ni. Semoga berjaya 



No comments:

Post a Comment