Pages

Memories

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . .

2014 dua bulan sudah berlalu, berlalu dgn pantas, tanpa kita sedar akan kepergiaannya. Alhamdulillah, sudah masuk bulan ke-tiga sekarang ini. Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat yg Allah berikan kpd aku. Aku masih sihat, masih kuat untuk meneruskan pancaroba hidup di dunia ini. Walhal sebenarnya aku tidak lah sekuat mana untuk menempuh segala cabaran. Tapi, alhamdulillah berkat keluarga dan kawan-kawan yg selalu ada di samping diri ini, buat aku kuat meneruskan hidup. 


2013 hanya kenangan. Kenangan suka dan duka bersama keluarga, guru-guru, rakan-rakan, dan si dia. Aku tak dapat tipu kenangan dulu merupakan kenangan indah buat aku. Aku rindu tahun 2012, di mana waktu tu aku ambil PMR. Aku rindu form 3, waktu yg belum cukup matang, waktu kenakalan budak-budak sekolah, percintaan, ketidak puas hatian antara satu sama lain, hahahaha zaman kegemilangan katakan. Aku rindu.
Memories Keep Going

Kenangan tak akan pergi. Cuma kita yg menentukan sama ada kita ingat atau tidak. Bg aku buat apa harus lupakan kenangan? Kerna kenangan itu yg mengajar kita erti kehidupan dan pengajaran.


Aku tak inginkan apa-apa waktu ini. Kerna aku penat untuk berharap pada yg tak pasti. Aku harap aku tak malas untuk belajar. Aku cuma nakkan kejayaan. Aku tak mampu balas jasa ibubapa aku yg begitu besar. Mungkin dgn kejayaan aku, mereka akan bangga. Sapa tahu? InShaa Allah.


Aku rindu dia, dulu kami rapat mcm belangkas. Tapi, bila dia dah masuk matrik, jarang sangat jumpa. Nasib kami hampir sama, atau mmg sama pun? Hahahaha. Bila kita dapat jumpa? Rindu sangat. Rindu nak macam dulu-dulu. Rindu sys. Rindu Family Tree.

Form 5, aku dan rakan-rakan yg lain senior, komitmen kenalah tinggi. Kena jadi contoh untuk adik-adik. Homework menimbun perkara biasa, presentation menjadi kebiasaan.

Awal bulan hari tu kitorang start kemas kelas. Dalam 3 minggu mengemas untuk kebersihan dan keceriaan kelas. Semangat betul. Kata nak jadi contohkan hahaha. So, our class bertemakan 'FROZEN'. Hahaha, siap ada pantry lg kat bahagian belakang. Semangat tahun ni berbeza dgn tahun lepas.


So far usaha kami berhasil. Alhamdulillah, minggu first and second kami berjaya mendapatkan kemenangan tu. Tapi kalau nak hadiah pergi lawatan tu, sekurang-kurangnya kena menang 8 kali. Hahahaha. 

Kehidupan aku sekarang ni macam sepenuhnya kat sekolah hahahaha. Extra class, kokurikulum nya lagi. Tak lama lagi dgn forum, netball lg. Itulah kehidupan seorang pelajar. Komitmen kena tinggi. Tak cukup rehat perkara biasa. Tapi tidur tu wajib! Hehehe


Walaupun, kami dah berasingan, alhamdulillah bila kami ada masa, kami akan berkumpul, lepak-lepak dan berbual kosong. Untuk Mutia, tahniah dgn result sem 1 baru-baru ni. Good luck untuk final kau nanti. Untuk Faz, Asma, Dira aku doakan korang berjaya. Good luck untuk SPM tahun ni. Aku rindu korang.

So, sampai di sini yg bisa dicoretkan.
InShaa Allah, akan ada entry baru selepas ini.

Byeeeeeeeeeeee.



Ramadhan Al-Mubarak

                   Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . .



Alhamdulillah,
Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk kita merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal.

So malam tadi kita semua dah start solat Terawih kan? Walaupun sekadar solat sunat, tp solat terawih adalah solat sunat yg sangat di tuntut. So, cubalah disiplinkan diri untuk solat terawih. Okay? :-)
Jom ramai-ramai imarah kan Masjid dan Surau.




Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Senangkan nak dapat pahala? Inshaa Allah sama-sama kita merebut pahala.

Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 

So, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini.

Jadi,
SELAMAT BERPUASA! 





Birthday of The Year

                     Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . .


Hello May.
Happy belated day to me. xx

Alhamdulillah thank to Allah, because the opportunity to live for 16 years.
Im very grateful. 

Age grow older from year to year.
Well, Im still fresh and young!

Inilah yg dikatakan muda sebelum tua. Sihat sebelum sakit.
Zaman kanak-kanak telah aku lalui. Kini zaman remaja yg penuh dgn dugaan, cabaran, rintangan dan pergolakan harus aku tempuh dgn sabar dah tabah.
Semoga iman aku bertambah dari hari ke hari. InShaa Allah.

Actually, my birthday on 6 of May.

Well, sebenarnya saja je letak title 'Birthday of The Year'. Yeah, it because our birthday only once a year. So tak salahkan nak letak title gempak-gempak? :)

The truth is Im really not happy on my day. Idk why I feel like that. Im the person who have unpredictable emotion. 

Or maybe sebab sambut birthday awal kud? xD

Okay, whaddup?

On 4 of May, kami (Family Tree) keluar nak tengok IronMan 3. Hohoho.
Plot ceritanya quite interesting lah.


Sebelum tu kami pergi makan dekat secret recipe.
Lepas makan tu, tak tahu pulak ada surprise. Hehehe

Satu untuk saya, satu untuk Ikhsan, satu untuk Sys, satu untuk Wan :D




And after that, kami pergi main bowling sekejap.
Tengok la tu sapa yg kalah. Hahaha. Okay aku dgn Wan seri. Ini tidak adil, tidak adil. And the champion was Sys! Eleyh nasib je tu xP


4 of May is sooooo mean to me.
Thanks FT for the real best party. And the great day ever! If I could turn the time, rasa tak nak tinggalkan 4 May tu. Love FT 

Guys my story is not finish yet.

On 5 of May, rumah Dira ada kenduri. Kakak dia kahwin. Weeding of The Year. Hahaha. So aku sebagai kawan yg budiman mestilah pergikan. Makan tak payah cakap lah, sedap! :D



Hahaha yg ni boleh tampa muka dorang satu demi satu xD

After that, dorang ajak aku lepak kat pumkin atas rumah Dira. Aku pun follow je lah. And tidak ku sangka-sangka. One more surprise. Kkkk terharu....






Its mean a lot to have you all as my friends.
You all have become a part of my life,
I feel so comfortable with you all,
And the times we share are delightful,
And I know, no matter that,
I can always count on you alls.
Thank you...

At the night, aku sambut birthday dgn keluarga pulak memandangkan semua ada. Memang 2 hari berturut-turut lah aku makan sedap je. Mana tak naik berat badan. Hehehe.



Aku bersyukur sangat ditakdirkan mempunyai keluarga yg sangat bahagia dan ceria.
One Happy Family at Home! xx

Thank You Lord for healing me.
Thank You for touching my heart 
and showing me the light when I turned to you.












April

                   Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . .



Hai pembaca sekalian,
So how's April? Adakah ia memberi makna kepada kamu semua? Atau ada kenangan indah yg tercipta? Hahaha tak kisah lah ada kenangan yg paling menyeronokkan ataupun tidak Yg paling penting Exam Mid Year tetap dijalankan.

Like what?! Seriously Im not ready yettttttttttttttttt.

Yeahhhh, its normal when students' berazam pada awal tahun  like "Tahun ni aku nak berubah, tak nak jadi malas" or "Aku nak belajar rajin-rajin tahun ni" and what so ever. But, azam ni tak terlaksana atau dilaksanakan pun. Like ME! Hahahaha.

Well, Im a girl who has fucking lazy attitude. Hahaha. Kat sekolah banyak main, gelak sakan dengan kawan-kawan. Pantang tak ada cikgu mulalah bergosip dengan Ein, Syam, Nab, Ifa, Memey.

Well, ada satu perangai yg aku tak boleh tinggalkan sampai sekarang. What is it?
It is.............

SLEEPING ZzZzZzZzZz

Aku rasa nak mengamuk kalau tak dapat tidur dalam kelas. Jangan tiru aksi ini okay? Aksi seperti ini sungguh tak bagus. Dan menyusahkan kawan sebelah tempat duduk.

Okay, sedikit perkongsian, hari tu dekat sekolah ada minggu Science and Mathematics. So, we ( Me, Syam, Nab ) decide to join Video Creative Science and Mathematics. Nak tengok? Boleh, but make sure jangan gelak okay?


I've tried to upload the video, but an error has occurred. Im really sorry. 
Sebarang kesilapan amat dikesali.
So okay, tahun depan mungkin boleh join lagi. InShaaAllah.

Okay, 2 Mei 2013 Exam Mid Year dah start. Aku sendiri tak bersedia dan aku yakin kawan-kawan yg lain pun belum bersedia. Hahaha. First day exam Account, like seriously?!!!!! Haihhhh...... Long sigh.


Aku hanya mampu study last minute dan berharap dapat jawab semua soalan dengan tenang.
Dan mestilah nak dapat result yg baik untuk subjek SPM dan SMA.

Untuk kawan-kawan yg lain, good luck! Do the best.
Jangan lupa berdoa dan diiringi dengan usaha. Okay! :-)







buDDDyz

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . .


Sudah lama rasanya diri ini tidak mencoretkan sebuah nukilan mahupun cerita. Ya, bermula pada tahun ini diri semakin sibuk dengan alam persekolahan. Masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua. 

A song start with DOREMI,
A letter start with ABC,
A number start with 123,
A friend start with You and Me.

buDDDyz? Kami dapat nama tu sewaktu kami merentas desa. Dalam persekitaran yg 'agak' kampung tu lah kami dapat nama tu. Triple D tu la yg agak kekampungannya. Sebut betul-betul okay!

So, what's happend yesterday?
Im soooooo happy. Had a great day ever with my buDDDyz! They are so awesome!


Okay, semalam kami semua celebrated Bella and Syam birthday's. Sangat meriah dan seronok!


Makan Domino's uolls.....
Kalau nak tahu, kami guna kupon yg kami jumpa time merentas desa hari tu hahaha :D


Happy betul budak dua orang ni.....


"Happy Birthday Nenek, Bella"
Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. Dan menjadi insan yg lebih matang dan mempunyai perasaan. :P Sincerely, from your sweet grandchildren....


Jika ada 1000 orang kawan, hanya 100 sahaja yg boleh percaya pada kita.
Jika kita ada 100 orang kawan, hanya 10 yg setia pada kita.
Jika ada 10 orang kawan, hanya 1 sahaja yg sayangi kita.
Dan itu adalah antara kami semua ! 

"Setiap pertemuan, pasti akan ada detik perpisahan"

Tiga tahun berlalu, menjalani suka duka bersama di sekolah. Suasana di dalam mahupun di luar kelas yg sentiasa kecoh. Acapkali di tegur oleh guru-guru yg kami ni sentiasa bising. Tak reti diam. Nakal.

Namun, kami dapat buktikan dgn kejayaan yg kami perolehi pada 19 Disember 2012.
Suasana yg tak dapat di lupakan....


Terima kasih kepada guru-guru yg telah bersusah-payah dan berpenat lelah mengajar kami, walaupun ada antara kami ni pelajar2 nakal. 
Hmm, mereka2 yang berjaya ni semua ingin meneruskan hasrat untuk mengambil aliran Sains Tulen ataupun lebih dikenali dengan Pure Science... Hah gituu uolls.... 

Walaupun dalam masa beberapa minggu ni mereka selalu di perli, di hasut, di semuanya lah mereka ni tetap dengan pendirian mereka. Tabik spring spring spring lah! Perpisahan yang tercipta ini tidak bermakna persahabatan kami akan terpisah begitu saja. 

Actually memang berat sebenarnya nak lepaskan segalanya. Namun, sebagai rakan kita hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka dan kepada mereka2 yang bakal pindah, kami di SAMNI mengharapkan anda tidak lupa asal usul. Almaklumlah kan dapat sekolah bandar. Setelah 3 tahun berlalu, barulah terasa kemanisan ukhuwah antara kami.

Memang tak dinafikan our friendship yang terbina pasti akan dikenang sepanjang hayat. InShaaAllah. Betul la kata orang, kita akan merasai kemanisannya bila semua tu dah tiada. 

Jika semua ini bermula, ku harap ia jangan berakhir.
Aku tidak menjemput pada perpisahan.
Tapi aku inginkan satu ikatan persahabatan yang ikhlas antara kita.....










Semoga ukhuwah yg kami bina ini kekal hingga akhir hayat dan membawa ke SyurgaMu Ya Allah.
InShaaAllah.






PMR Result

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . .

WOAAARGGHHHHHHHHHH !!!


I feel like want to smash my head at the wall. This is crazy.
Im not ready to take my PMR result !

Oh noooooooooooo! This is only a dream. Yeah, just a nightmare.....


But this is the reality.

Suka atau tidak, kena tempuh juga keadaan ni.
Dalam keadaan macam ni, hanya sokongan daripada ibubapa dan kata-kata semangat dari kawan-kawan sahaja yg boleh redakan kegusaran di hati ini.

Ya Allah... Berbuah ke hasil usaha yg aku lakukan selama ini?
Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal di ketika ini.

I just hope that my PMR result will not disappoint my parents and teachers. Yeah I hope I'll pass with flying colours and make my parents and teachers proud of me. Maybe dengan kejayaan yang kita peroleh mampu membalas jasa mereka. Insha Allah.

Sedikit Tips ketika hari mengambil result.

  • Sebelum pergi ke sekolah, jangan lupa minta berkat daripada ibubapa dan doa agar dapat straight "A". Jangan minta doa cuma lulus je. Straight "C" tu pun lulus juga.
  • Sepanjang perjalanan ke sekolah, selawat atas Nabi dan banyakkan berzikir. Biar sampai berbuih mulut pun tak apa.
  • Setibanya di sekolah, jumpa cikgu-cikgu dulu minta berkat macam tadi minta berkat daripada ibubapa.
  • Sesudah dapat result, ucapkan Alhamdulillah. Inilah hasil usaha yang anda lakukan selama ini. Pasrah dan redha.
  • Dan akhir sekali jangan lupa bagi tahu dekat mak ayah, cikgu, abang, kakak, adik, dan kawan-kawan. Update status kat Facebook and Twitter pun boleh. Hehehe :D

Okay, my wish to all batch 97's "GOOD LUCK, MAY ALL OF YOU GET GOOD RESULTS".
Anddd wish me luck okay.








Tips Kurus Tanpa Diet

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . .

Hai semua? Okay sekarang Inas mula kembali ke dunia blogger. Hehehe :)

Hari ni Inas nak share tentang 'Tips Kurus Tanpa Diet'. Bukan 'Tips Diet' tau. Jadi, post ini lebih sesuai untuk kaum hawa. Yelah, perempuan mesti nak jaga penampilan agar kelihatan sentiasa ayu. Ecececeyh. Untuk kaum adam yg nak amalkan tips ni, boleh jugak. Tak ada masalah :)

Sooooooo jom kita tengok bawah  


~Banyakkan mengunyah~
Terfikir tak kenapa kita disunatkan mengunyah makanan sebanyak 40 kali setiap suapan? Okay tolong fikirkan sekarang juga!

Dah habis fikir dah? Hahaha. Ok hal ini kerana jika seseorang itu mengunyah sebanyak 35 hingga 50 kali, dapat mengurangkan jumlah serapan kalori pd makanan yg di ambil. Mengunyah lebih lama mencegah seseorang untuk makan berlebihan dan baik untuk pencernaan, begitu juga mengehadkan jumlah kandungan makanan yg diambil. Jadi, tak ada lah kita makan something tu berlebih-lebih sampai tak ingat dunia. 

~Buah dahulu sebelum makan~
Okay, jika kita makan buah sewaktu perut kosong, akan membantu pembuangan sisa toksin dlm badan kita dannnnnnn dalam masa yg sama kita dapat menurunkan berat badan. Yeayyy ;-)



~Jangan skip breakfast!~
Sarapan sangat penting bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk mendapatkan berat badan yg ideal. Ramai yg fikir jika kita tinggalkan sarapan pagi, boleh kurus. Tp sebenarnya salah! Ok cuba fikir kalau kita tinggalkan sarapan, mesti time lunch kita rasa lapar gila gila kan? Anddddd kita mesti ambil makanan dlm kuantiti yg banyak untuk lunch time. Tak rasa ke akan menambahkan berat badan tu?

~Kurangkan gula~

Gula juga menyumbang kalori di dalam makanan. Oleh itu,kurangkan pengambilan gula,dan ganti pengambilan gula dengan makanan semulajadi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, madu dan lain-lain. INGAT kurangkan manis pd makanan dan minuman, tambahkan manis pd senyuman :D

Okay, sampai di sini sahaja lah yg ingin saya kongsikan.

Jangan lupa amalkan tips-tips ni. Semoga berjaya 



Good Luck Batch 97's

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . .

Apa khabar semua? Sihat? Saya pun sihat-sihat belaka hehehe 

Pheww PMR just around the corner. Sangat takut, gementar, teruja dan tak sabar nak habis PMR. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Okay stupid, eh I meant stop it. Okay sudah, abaikan sahaja.

Jadi, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji. Yeayyyyy! Boleh makan banyak-banyak. Hehehe okay2. Actually point sebenarnya nak ucapkan SELAMAT MAJU JAYA untuk form 3 bacth 97's yg bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah bermula pd
9 Oktober 2012 *harap tarikh ni tak wujud* 

Dan di kesempatan ini juga, saya ingin meminta maaf kpd semua rakyat jelata yg mengenali saya dan mahupun yg tidak mengenali diri ini, saya minta maaf jika ada buat salah silap, terlanjur bahasa dan sebagainya. Halal kan segala ilmu yg telah di beri. InShaaAllah saya akan doakan kejayaan untuk semua rakan-rakan saya. Doakan untuk saya juga okay! :)

Kepada kawan-kawan yg terdekat, Faz, Asma, Dira, Rin, Syam, Nabila, Nisa¹, Nisa², Khai,
GOOD LUCK! Aku yakin korang semua boleh buat. InShaaAllah 

Sedikit perkongsian atau tips. Sewaktu kita sedang menjawab soalan, out of the blue kita lupa jawapan, rasa blank je. Letak kan pen dan baca lah doa ni. InShaaAllah ia mujarab untuk kita ingat balik sesuatu.



Sampai disini sahajalah yg dapat saya coretkan. Cehh 
Ingat, berkat keredhaan ibubapa dan guru akan sampai redha Allah. InShaaAllah.
Semoga kita semua berjaya di atas usaha sendiri dengan cemerlang.
Wallahu'alam . . .





"ALL THE BEST 3 AL-HANAFI"